semoga apa yang dipaparkan didalam blog ini dapat memberi manfaat kepada pengunjung blog ini.terima kasih:)

Sabtu, 19 November 2011

KELEBIHAN KALIMAH TAUHID

Antara sabda Nabi Muhammad SAW tentang kelebihan kalimah tauhid ini ialah:-
1. Barangsiapa yang akhir perkataannya dalam dunia ini dengan kalimah Laa ilaha illallah, maka syurgalah tempat kediamannya.
2. Seutama-utama zikir ialah Laa ilaha illallah.
3. Perbaharuilah Iman mu dengan kalimah Laa ilaha illallah.
4. Ajarkan kepada orang mati dari kamu Laa ilaha illallah kerana kalimat itu dapat menghan...curkan dosa sehancur-hancurnya. Sahabat bertanya: Ya Rasulullah,
bagaimana jika di baca ketika hidupnya? Nabi SAW menjawab: Lebih menghancurkan dosa dan lebih menghancurkan.
5. Anas Bin Malik r.a berkata: Ya Rasulullah, apakah ada harga untuk syurga? Nabi SAW menjawab: Ya, Laa ilaha illallah.
6. Abu Hurairah r.a berkata: Ya Rasulullah, siapakah yang lebih dahulu mendapat syafaat mu dari semua manusia? Nabi SAW menjawab: Siapa yang mengucapkan Laa ilaha illallah benar-benar ikhlas dari hatinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan